Monday, 18 May 2015
Thursday, 7 May 2015
Gelombang Akidah : Isu Kalimah Allah dan Bukti Kekuasaan-Nya.
Assalamualaikum. Artikel ini sekadar ingin memberikan info kepada semua. Apalah gunanya jika saya tahu sorang dan tidak di share dengan yang lain. Walaupun ilmu saya tidak setinggi langit dan tidak juga memenuhi bumi namun sebagai tanggungjawab saya adalah penting untuk saya sebarkan. wallaua'lam.
Kekeliruan yang berlaku kini menyebabkan fenomena "unstable faith" dalam kalangan masyarakat pada hari ni. Maka kita perlukan solusi sama ada metode tersebut dari segi pembacaan , perdebatan mahupun diskusi. Hal ini sangat penting agar kita umat Islam tidak mudah terpesong dari akidah kita yang sebenarnya. Walhal perkara ini(isu kalimah Allah) telah berlaku ratusan tahun dahulu lagi di mana perdebatan yang berlaku sehinggalah berlarutan ke hari ini.
Islam adalah agama yang lengkap lagi komprehensif. Imam Ibnu Kathir dalam tafsir al-Quran al-Azim menjelaskan bahawa Islam adalah nikmat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada umat. Apabila Allah menyempurnakan agama ini ,umat Islam tidak memerlukan agama lain selain Islam dan mereka juga tidak memerlukan Nabi lain iaitu selepas Nabi Muhammad SAW.
Nama Allah hanya layak digunakan oleh umat manusia yang bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad merupakan utusan Allah. Menurut Syeikh Tahir bin Muhammad bin Soleh bin Ahmad bin Mauhub As-Sam'uni Al-Jazari Ad-Dimasyqi dalam buku karangan beliau yang bertajuk Al-Jawahir Al-Kalamiah menyatakan bahawa
"Kita perlu meyakini bahawa Allah swt Maha Hidup dan kehidupan Allah swt tidak menyerupai kehidupan kita sebagai makhluk-Nya. Ini kerana, kehidupan kita memerlukan perantara seperti aliran darah dan pernafasan ,sedangkan kehidupan Allah swt tidak memerlukan apa-apa perantara. Kehidupan Allah swt bersifat terdahulu (sedia ada) dan kekal abadi .Dia tidak hilang dan tidak berubah."
Adakah nama Allah tidak digunakan oleh agama lain selain Islam? Adakah nama Allah hanya muncul selepas Nabi Muhammad diturunkan? Adakah Allah itu berhala?
Malaysia juga tidak terlepas dengan perdebatan mengenai kalimah Allah. Dan hal tersebut menjadi isu gawat untuk diselesaikan yang disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu. Saya memetik kata-kata Tun Dr Mahathir mengenai pendapat beliau dalam isu ini. Dalam buku Blog Merentas Halangan (Buku 2), Tun M menjelaskan pendapat beliau perihal dalam kegunaan kalimah Allah untuk agama bukan Islam. Beliau menyatakan bahawa isu ini telah berlaku semenjak beliau menjadi PM. Kontorversi ini tidak boleh diselesaikan hanya merujuk undang-undang dan rayuan.
Nasihat Tun M kepada kerajaan agar berhati-hati dalam perkara ini supaya negara yang kita cinta ini aman dan stabil secara berterusan.Aaminn.
Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 30,maknanya
"Dan orang-orang Yahudi berkata; Uzair ialah anak Allah. Dan orang-orang Nasrani berkata; Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran"
Jika kita melihat kajian yang dilakukan ke atas agama Kristian, mereka juga menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka. Berdasarkan kajian daripada Bambang Noorsena dalam karangan beliau The History of Allah menyimpulkan bahawa;
"Pemakaian istilah Allah oleh penganut Kristian ini dibuktikan dengan sejumlah prasasti dari zaman pra-Islam yang ditemui di sekitar wilayah Syria. Terdapat dua buah prasasti penting iaitu prasasti Zabad pada tahun 512 yang dimulakan dengan ucapan Bism al-Ilah yang bermakna dengan nama al-Ilah. Prasasti yang kedua pula ialah prasasti Umm al-Jimmal berasal dari abad ke-6 Masihi yang dimulakan dengan ucapan Allahu ghafran (Allah yang Mengampuni)"
Allah ialah satunya Tuhan yang menciptakan segalanya. Tiada Tuhan selain Allah. Allah segalanya bagi kita. Dan tetap beriman pada-Nya sesungguhnya Allah berfirman dalam Surah Yunus ayat 31, maknanya;
"Katakanlah; Siapakah yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang kuasa(menciptakan) pendengaran dan penglihatan dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?. Maka mereka akan menjawab ;Allah . Maka katakanlah ;Mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?"
Maha Suci Allah daripada bersifat makhluk .Allah tidak boleh dilihat dan tidak berjisim. Tidak memerlukan pada tempat dan tidak bergantung kepada makhluk . Jika Allah boleh dilihat , maka Allah tiada bezanya dengan Zeus,Hermes dan Perseus. Maka mengenai isu kalimah Allah ,saya dapat simpulkan bahawa Allah merupakan nama Tuhan yang diseru oleh seluruh Nabi dan Rasul sejak Nabi Adam hingga Nabi Muhammad SAW.
Manakala dalam karya Dr Maurice Bucaille yang bertajuk The Bible The Quran and Science menyatakan bahawa banyak percanggahan yang berlaku dalam Bible dan menyimpang daripada kebenaran serta tidak seiring dengan fakta-fakta sains. Alhamdulilah beliau memeluk Islam (Allahuakbar) setelah beliau mengkaji al-Quran dengan mendalam dan diizinkan oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya. Karya beliau memberi impak kepada cendekiawan dunia barat dan ramai antara mereka memeluk Islam. Alhamdulillah.
Maka itu sahaja untuk artikel saya ini . Segala yang baik datangya dari Allah dan segala yang buruk dari saya sendiri. Sebagai manusia memang lumrah saya melakukan kesalahan. wassalam.
SALAM JUMAAT,
8/5/2015
MUHAMMAD SYAZWAN BIN SAHLAN
Subscribe to:
Posts (Atom)