Saturday, 13 June 2015

KECEMERLANGAN UNTUK DIRI BUKAN KERANA ALLAH?

Semua insan menginginkan kejayaan dalam kehidupan masing-masing. Namun, yang membezakan antara kita hanyalah sikap. Sikap rajin dan malas. Kedua-dua sikap ini tiada ubat atau racunnya. 

Fatamorgana dunia ini sememangnya sementara. Hayat kita kekal di alam sana. Namun kita tetap mengimpikan kejayaan. 
Kejayaan yang mampu menjadi kebanggaan kepada diri , ibu bapa dan keluarga. Oleh itu, untuk mengecapi kejayaan semanis madu ini memerlukan usaha yang pedih dan berliku. Tetapi perlu kita aturkan langkah seiring dengan agama kerna Allah melihat usaha kita bukan hasil atau kejayaan yang kita kecapi itu.

Allah tidak menilai seseorang hamba-Nya melalui ukuran kekayaan akan tetapi ukuran kejayaan ketakwaannya itu kepada Allah. Ukuran inilah yang mesti kita kejar terlebih dahulu bagi menjamin kejayaan yang penuh keberkatan -Nya. Allah menyuruh kita berusaha mengikut landasan yang betul agar tidak tersimpang daripada kebenaran. 

Apalah gunanya jika kita 'excellence' dalam pelajaran akan tetapi solat lima waktu pun tinggal. 
Apalah gunanya jika kita pelajar cemerlang akan tetapi Allah tidak pandang. 
Apalah gunanya mulut kita sering mengulang hafalan akan tetapi jarang berzikir. 
Apalah gunanya jika kita serba boleh akan tetapi tidak berbakti untuk ibu bapa. 
Semuanya yang kita lakukan perlukan reda Allah. Barulah hidup akan tenang. 

Jangan risau jika anda sudah berusaha namun masih lemah dalam subjek tersebut. Allah pandang usaha kita. Oleh itu, gandakan lagi usaha. 

Jangan pernah hilang semangat terhadap rezeki dari Allah. Kefahaman merupakan antara nikmat dari Allah. Mintalah dari-Nya agar mendapat kefahaman dan kuat hafalan. Jangan takut kepada mereka yang pandai jika anda sudah berusaha bersungguh-sungguh. Apalah guna jika kita gigih namun sombong berharap daripada Allah. Kan Allah penentu segalanya. 
Kita di dunia ni pun merentasi perjalanan yang bermula dari-Nya dan berakhir kepada-Nya. Tujuan kita yang hakiki sebenarnya sama iaitu menuju SYURGA ABADI. 

Seorang bekas presiden dan canselor University of Chicago , Robert M. Hutchins menyatakan kekaguman beliau terhadap tradisi keilmuan bangsa Yunani Kuno ,

"Di Athens, pendidikan bukanlah satu kegiatan yang terbatas pada masa-masa tertentu, di tempat-tempat tertentu , atau pada peringkat umur tertentu. Pendidikan merupakan matlamat utama masyarakat. "

Kita sedia maklum bahawa ahli falsafah Yunani meletakkan ilmu sebagai keutamaan tertinggi (areté) dan kesemua kejahatan berpunca daripada kejahilan. Bagi mereka tanpa ilmu yang sebenar, amalan baik adalah mustahil. 

Namun apa yang saya nak highlightkan sebenanrnya adalah komentar Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas terhadap sistem kehidupan masyarakat Yunani. 
Beliau berkata,

"Aristotle mengeluarkan dan memisahkan  Tuhan daripada manusia dan alam. Ini  adalah kerana Aristotle mahu menyelamatkan Tuhan daripada 'terhina'
dengan aspek perubahan yang dialami oleh alam dan manusia."

Ketidaksepaduan konsep ilmu akan menempangkan komuniti. Saya mahu mengatakan bahawa agama lah yang memandu segalanya. 

Oleh itu janganlah jadi seperti ahli falsafah dan cendekiawan Yunani yang dengan yakin memisahkan konsep Tuhan daripda Ilmu. Jadilah hamba-Nya yang berusaha untuk kejayaan hanya kerana Allah. Intihanya, kecemerlangan diri kerana Allah untuk diri sendiri. 
Wassalam.  

Thursday, 11 June 2015

Malaysia sudah bankrap?

MALAYSIA SUDAH BANKRAP

Artikel disediakan oleh Muhd Syazwan bin Sahlan. Bertarikh 9/1/2015 Jumaat.

Masa 2014 sudah belalu pergi dan tahun baru 2015 datang menghiasi. Namun isu semasa dan dahulu tak akan lari berlalu.

Kali ini saya ingin mengupas isu hutang, liabiliti dan ketirisan yang berlaku dalam negara kita ini. Bukan apa supaya kita ini concern dengan apa yang berlaku dalam negara kita ini.

Kita sedia maklum Malaysia mengamalkan Kaedah Keluaran Dalam Negara Kasar [KDNK] dalam pengiraan pendapatan negara. Namun kaedah ini tidak mencerminkan apa2 kerana dengan kaedah ini masih ada lagi perkara yang akan berlaku dalam keadaan ketirisan.

Sumber yang saya perolehi daripada Global Financial Integrity {GFI} menganggarkan kehilangan dana terkumpul negara Malaysia dari tahun 2002-2011 adalah sebanyak RM 1.2 trillion. Manakala hutang negara pula dicatatkan sebanyak RM 569 billion atau pada kadar 53% daripada pendapatan negara iaitu KDNK. Masya-Allah. Bankrapnya Malaysia bukan? 

Tambahan lagi kontinjen liabiliti negara sebanyak RM 158 billion.
Kita selalu dan sering diberitakan bahawa Malaysia masih aman kadar pertumbuhan ekonominya meningkat. Walhal kadar inflasi Malaysia kini melebihi 5% manakala kadar pengangguran juga tinggi jika dibandingkan dengan tahun sebelum-sebelumnya.

Impaknya seramai 80% masyarakat Malaysia dalam golongan berpendapatan rendah dan daripada angka tersebut hanya 5.5% sahaja memiliki aset kewangan.
Ini akan menyebabkan kuasa beli rakyat jatuh dan taraf hidup juga jatuh. Manakala seramai 32% penduduk bandar tak mempunyai sebarang hartanah dan 17% penduduk desa tak mempunyai sebarang hartanah.

Jika kita boleh bayangkan,kerajaan berjaya menghapuskan mahupun mengurangkan ketirisan ini sebanyak lebih RM10billion sekalipun sebagai contoh . Sudah pasti ekonomi Malaysia akan rancak meningkat.

Apakah ketirisan tersebut?
[4 Komponen perbelanjaan kerajaan persekutuan yang terdedah kepada amalan rasuah diakibatkan oleh tatakelola yang lemah]
1. KHIDMAT DAN BEKALAN
2. ASET
3.BAYARAN KENAAN TETAP
4.BELANJA PEMBANGUNAN

Maka disebabkan perkara di atas. Rakyat terpaksa menanggung hutang. Buktinya, nisbah hutang isi rumah keluarga kepada pendapatan adalah sebanyak 140% merupakan yang tertinggi di dunia.

Pak Najib perlu prihatin terhadap rakyat. Kami yang menanggung deritanya. Kami yang rasa dampaknya.
Tidak cukupkah bukti di atas? 

Wallahua'lam.
Assalamualaikum.

Bobroknya Malaysia

BOBROKNYA MALAYSIA

Artikel disediakan oleh Muhd Syazwan bin Sahlan (Nelayan Senja).

Rakyat Malaysia pada hari ini diuji dengan pelbagai ujian. Allah mahu menguji kita.
Fenomena banjir besar, hilangnya Pesawat AirAsia, krisis- krisis dalam kerajaan Malaysia dan yang bakal menimpa Malaysia pula adalah taufan yang dijangkakan akan menyerang pada 3.1.2015 ini. Wallahua'lam.

Okila. Sekarang ini isu darurat. Mengapa susah sangat Pak Najib nak isytiharkan darurat di Kelantan. Kita sedia maklum bahawa apabila darurat telah diumumkan maka sebahagian atau semua aset negara seperti tentera,agensi kerajaan akan dikerahkan ke sana untuk misi menyelamat.  Dan hal ini akan menyebabkan Perbelanjaan Kerajaan atau Government Expenditure (G) meningkat mendadak. Tambahan pula inflasi di Malaysia pada peringkat yang tinggi. Serta kejatuhan nilai mata wang kita yang sangat teruk kini.

Menurut makluman yang aku dapat,  bantuan makanan dan lain-lain kebanyakannya tidak sampai di Pusat Pemindahan di bumi Kelantan. Tambahan pula ramainya yang dikhuatiri mati dan dalam kebuluran. Kenapa bantuan tak sampai?  Retoriknya politik Malaysia. Mereka juga saudara seagama kita. Bantulah.

Tetapi yang anehnya mengapa pula semua aset negara sekarang diarahkan pula dalam misi SAR?  Bukankah perkara ini juga akan melibatkan Perbelanjaan kerajaan yang tinggi?  Dan kalau kerajaan sanggup mengerahkan aset negara dalam misi ini kenapa tidak di Bumi Kelantan. Isu insuran bukanlah jawapan sebenarnya. Mereka yang terkorban di pesawat juga turut mendapat insuran. Jadi? 

Dan apabila merujuk isu pengisytiharan darurat di Muar ekoran Jerebu yang teruk. Agak tidak masuk akal mengapa Pak Najib tidak mengumumkan darurat di Bumi Kelantan.

Fikirkanlah semula Pak Najib. Kami menghormati keputusan Pak. Tapi kami juga ada kuasa untuk menegur, dan memberi cadangan. Saya tahu apabila Perbelanjaan Kerajaan meningkat maka akan merencatkan pertumbuhan ekonomi.
Hutang malaysia yang sangat banyak. Dan dana terkumpul negara yang hilang pula mencecah RM1.2TRILLION. Untuk pengetahuan Pak Najib menurut Asia Fraud Survey by Ernst dan Young. Malaysia ialah negara yang paling brasuah di Asia Pasifik selepas China.

Dengarlah suara marhaen Pak Najib. Kami juga anak bangsa dan pemilik Malaysia. Namun Allah la pemilik segalanya.
Ikhlas dari saya marhaen bawahan, Muhd Syazwan bin Sahlan.

Assalamualaikum.