BOBROKNYA MALAYSIA
Artikel disediakan oleh Muhd Syazwan bin Sahlan (Nelayan Senja).
Rakyat Malaysia pada hari ini diuji dengan pelbagai ujian. Allah mahu menguji kita.
Fenomena banjir besar, hilangnya Pesawat AirAsia, krisis- krisis dalam kerajaan Malaysia dan yang bakal menimpa Malaysia pula adalah taufan yang dijangkakan akan menyerang pada 3.1.2015 ini. Wallahua'lam.
Okila. Sekarang ini isu darurat. Mengapa susah sangat Pak Najib nak isytiharkan darurat di Kelantan. Kita sedia maklum bahawa apabila darurat telah diumumkan maka sebahagian atau semua aset negara seperti tentera,agensi kerajaan akan dikerahkan ke sana untuk misi menyelamat. Dan hal ini akan menyebabkan Perbelanjaan Kerajaan atau Government Expenditure (G) meningkat mendadak. Tambahan pula inflasi di Malaysia pada peringkat yang tinggi. Serta kejatuhan nilai mata wang kita yang sangat teruk kini.
Menurut makluman yang aku dapat, bantuan makanan dan lain-lain kebanyakannya tidak sampai di Pusat Pemindahan di bumi Kelantan. Tambahan pula ramainya yang dikhuatiri mati dan dalam kebuluran. Kenapa bantuan tak sampai? Retoriknya politik Malaysia. Mereka juga saudara seagama kita. Bantulah.
Tetapi yang anehnya mengapa pula semua aset negara sekarang diarahkan pula dalam misi SAR? Bukankah perkara ini juga akan melibatkan Perbelanjaan kerajaan yang tinggi? Dan kalau kerajaan sanggup mengerahkan aset negara dalam misi ini kenapa tidak di Bumi Kelantan. Isu insuran bukanlah jawapan sebenarnya. Mereka yang terkorban di pesawat juga turut mendapat insuran. Jadi?
Dan apabila merujuk isu pengisytiharan darurat di Muar ekoran Jerebu yang teruk. Agak tidak masuk akal mengapa Pak Najib tidak mengumumkan darurat di Bumi Kelantan.
Fikirkanlah semula Pak Najib. Kami menghormati keputusan Pak. Tapi kami juga ada kuasa untuk menegur, dan memberi cadangan. Saya tahu apabila Perbelanjaan Kerajaan meningkat maka akan merencatkan pertumbuhan ekonomi.
Hutang malaysia yang sangat banyak. Dan dana terkumpul negara yang hilang pula mencecah RM1.2TRILLION. Untuk pengetahuan Pak Najib menurut Asia Fraud Survey by Ernst dan Young. Malaysia ialah negara yang paling brasuah di Asia Pasifik selepas China.
Dengarlah suara marhaen Pak Najib. Kami juga anak bangsa dan pemilik Malaysia. Namun Allah la pemilik segalanya.
Ikhlas dari saya marhaen bawahan, Muhd Syazwan bin Sahlan.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment