Saturday, 13 June 2015

KECEMERLANGAN UNTUK DIRI BUKAN KERANA ALLAH?

Semua insan menginginkan kejayaan dalam kehidupan masing-masing. Namun, yang membezakan antara kita hanyalah sikap. Sikap rajin dan malas. Kedua-dua sikap ini tiada ubat atau racunnya. 

Fatamorgana dunia ini sememangnya sementara. Hayat kita kekal di alam sana. Namun kita tetap mengimpikan kejayaan. 
Kejayaan yang mampu menjadi kebanggaan kepada diri , ibu bapa dan keluarga. Oleh itu, untuk mengecapi kejayaan semanis madu ini memerlukan usaha yang pedih dan berliku. Tetapi perlu kita aturkan langkah seiring dengan agama kerna Allah melihat usaha kita bukan hasil atau kejayaan yang kita kecapi itu.

Allah tidak menilai seseorang hamba-Nya melalui ukuran kekayaan akan tetapi ukuran kejayaan ketakwaannya itu kepada Allah. Ukuran inilah yang mesti kita kejar terlebih dahulu bagi menjamin kejayaan yang penuh keberkatan -Nya. Allah menyuruh kita berusaha mengikut landasan yang betul agar tidak tersimpang daripada kebenaran. 

Apalah gunanya jika kita 'excellence' dalam pelajaran akan tetapi solat lima waktu pun tinggal. 
Apalah gunanya jika kita pelajar cemerlang akan tetapi Allah tidak pandang. 
Apalah gunanya mulut kita sering mengulang hafalan akan tetapi jarang berzikir. 
Apalah gunanya jika kita serba boleh akan tetapi tidak berbakti untuk ibu bapa. 
Semuanya yang kita lakukan perlukan reda Allah. Barulah hidup akan tenang. 

Jangan risau jika anda sudah berusaha namun masih lemah dalam subjek tersebut. Allah pandang usaha kita. Oleh itu, gandakan lagi usaha. 

Jangan pernah hilang semangat terhadap rezeki dari Allah. Kefahaman merupakan antara nikmat dari Allah. Mintalah dari-Nya agar mendapat kefahaman dan kuat hafalan. Jangan takut kepada mereka yang pandai jika anda sudah berusaha bersungguh-sungguh. Apalah guna jika kita gigih namun sombong berharap daripada Allah. Kan Allah penentu segalanya. 
Kita di dunia ni pun merentasi perjalanan yang bermula dari-Nya dan berakhir kepada-Nya. Tujuan kita yang hakiki sebenarnya sama iaitu menuju SYURGA ABADI. 

Seorang bekas presiden dan canselor University of Chicago , Robert M. Hutchins menyatakan kekaguman beliau terhadap tradisi keilmuan bangsa Yunani Kuno ,

"Di Athens, pendidikan bukanlah satu kegiatan yang terbatas pada masa-masa tertentu, di tempat-tempat tertentu , atau pada peringkat umur tertentu. Pendidikan merupakan matlamat utama masyarakat. "

Kita sedia maklum bahawa ahli falsafah Yunani meletakkan ilmu sebagai keutamaan tertinggi (areté) dan kesemua kejahatan berpunca daripada kejahilan. Bagi mereka tanpa ilmu yang sebenar, amalan baik adalah mustahil. 

Namun apa yang saya nak highlightkan sebenanrnya adalah komentar Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas terhadap sistem kehidupan masyarakat Yunani. 
Beliau berkata,

"Aristotle mengeluarkan dan memisahkan  Tuhan daripada manusia dan alam. Ini  adalah kerana Aristotle mahu menyelamatkan Tuhan daripada 'terhina'
dengan aspek perubahan yang dialami oleh alam dan manusia."

Ketidaksepaduan konsep ilmu akan menempangkan komuniti. Saya mahu mengatakan bahawa agama lah yang memandu segalanya. 

Oleh itu janganlah jadi seperti ahli falsafah dan cendekiawan Yunani yang dengan yakin memisahkan konsep Tuhan daripda Ilmu. Jadilah hamba-Nya yang berusaha untuk kejayaan hanya kerana Allah. Intihanya, kecemerlangan diri kerana Allah untuk diri sendiri. 
Wassalam.  

2 comments:

  1. Well said . Its really inspiring me . Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu. Biasa je😭. Its not me that inspired you but Allah.

      Delete